Posts

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera.  pada minggu pertama kuliah HMT 415, saya telah mempelajarai banyak perkara baharu dalam kuliah tersebut. pada permulaan kuliah, pensyarah-pensyarah HMT 415 telah memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu dan seterusnya dr. telah menerangkan secara terperinci mengenai kursus ini dari segi topik yang akan dipelajari sepanjang minggu pembelajaran berlangsung dan pembahagian kerja kursus.selain itu, r. juga telah menerangkan seba sedikit mengenai Psikolinguistik kepada pelajar. setelah itu, para pelajar lelaki diarahkan untuk mencari seorang pasangan perempuan untuk melakukan aktiviti dan tugasan pertama iaitu membina lirik lagu berdasarkan makanan tradisional yang mempunyai unsur-unsur semantik. setiap pasangan juga dikehendaki merekod nyanyian mereka dan menghantarnya ke dalam group whatapps HMT 415. pada minggu kedua pula, kuliah HMT 415 disyarahkan oleh dr. Rozaida mengenai pengenalan kepada Psikolinguistik. dalam kuliah ini, saya telah...

GAYA DAN PSIKOLINGUISTIK MELALUI GAMBAR

Image
Gambar pertama: gambar ini berkaitan dengan pemerolehan bahasa, cara seseorang memperoleh kemahiran berbahasanya yang pertama. Jika diteliti dengan logic, kanak-kanak boleh bertutur dan berbahasa dengan melihat keadaan disekelilingnya. Mereka melihat sesuatu perkara dan mempelajarinya serta mengingatinya.   Gambar kedua pula, saya kaitkan dengan gangguan bahasa.  Gangguan bahasa merupakan fenomena yang terhasil akibat daripada kebiasaan ujaran bahasa ibunda ke dalam Bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana gangguan bahasa berlaku sehingga terhasilnya kesalahan tatabahasa dari segi aspek sintaks dan morfologi yang dilakukan oleh individu itu sendiri.   Gambar ketiga pula menceritakan tentang bahasa dan pemikiran. Saya  berpendapat bahawa kemahiran dibentuk bukan melalui genetik atau IQ. Genetik hanya berperanan dari segi masa sahaja, iaitu masa yang diambil untuk suatu kemahiran dibangunkan. Selebihnya adalah usaha, minat se...