GAYA DAN PSIKOLINGUISTIK MELALUI GAMBAR
Gambar pertama: gambar ini berkaitan dengan
pemerolehan bahasa, cara seseorang memperoleh kemahiran berbahasanya yang
pertama. Jika diteliti dengan logic, kanak-kanak boleh bertutur dan berbahasa
dengan melihat keadaan disekelilingnya. Mereka melihat sesuatu perkara dan
mempelajarinya serta mengingatinya.
Gambar ketiga pula menceritakan tentang bahasa dan pemikiran. Saya berpendapat bahawa kemahiran dibentuk bukan melalui genetik atau IQ. Genetik hanya berperanan dari segi masa sahaja, iaitu masa yang diambil untuk suatu kemahiran dibangunkan. Selebihnya adalah usaha, minat serta semangat yang ada pada bangsa atau individu tersebut, yang mana perkara-perkara ini timbul hasil didikan dan pengaruh luaran.
Gambar ke empat mewakili secara asasnya apa itu neurokognisi
dalam psikolinguistik. Neurokognisi ialah pengetahuan tentang neuron dan
psikologi kognisi. Kognisi bahasa merupakan sesuatu yang rumit
sebagaimana manusia ingin terbang. Tindakan tersebut merupakan sesuatu yang
kompleks. Manusia hanya boleh terbang menggunakan teknologi sebagaimana manusia
hanya boleh menghasilkan bahasa melalui alat pemerolehan bahasa atau language
acquisition device (LAD).
Gambar di bawah menunjukkan bagaimana proses pemahaman bahasa
berlaku. Wacana yang terdapat pada bunting dibaca oleh saya. Visual tersebut
dipamerkan secara linguistik. Pembaca memproses maklumat dari aspek morfologi
dan sintaksis bagi memahami wacana secara keseluruhannya.
Comments
Post a Comment